Wednesday, 1 February 2017

Instructional Technology Development In Early Childhood





  • NAMA                             :ALICETRA SHE LEN GAMUN
  • NO MATRIK                    :EC1412035
  • BIDANG PENGAJIAN    :DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
  • CITA-CITA                       :GURU/JURURAWAT




5 kelebihan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika


       Penggunaan komputer pada masa kini semakin meningkat seiring dengan arus pembangunan yang melanda di negara-negara seluruh dunia. Komputer merupakan suatu penciptaan teknologi moden yang direka khas untuk menjadikan proses penyimpanan data, pengumpulan maklumat, dan komunikasi serta pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan komputer juga ini sebenarnya membawa banyak faedah kepada semua golongan termasuklah golongan kanak-kanak. Menggalakkan Penggunaan komputer dalam sesebuah tabika semasa proses pembelajaran dan pengajaran adalah merupakan salah satu idea ataupun langkah yang bijak.

         Antara kebaikan pengunaan komputer dalam sistem pengajaran adalah menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Ini kerana, komputer yang dilengkapi dengan 'microsoft office word' 'power point slide show' 'microsoft excel'  memudahkan guru untuk menerangkan atau menyampaikan pengajarannya kepada kanak-kanak. Ini kerana guru tidak perlu bersusah payah untuk menulis di papan putih untuk menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak dengan adanya kelengkapan dalam komputer seperti power point ini guru boleh menyediakan bahan pengajarannya dengan cepat malah guru boleh meletakkan gambar-gambar yang menarik dan kesan bunyi yang dapat menarik perhatian kanak-kanak agar lebih fokus kepada pembelajaran.

           Kemudahan komputer juga dapat membantu meningkatkan daya  kreativiti dan daya imaginasi kanak-kanak. Daya kreativiti dan daya imaginasi dapat membantu perkembangan kanak-kanak . Melalui komputer guru boleh memaparkan grafik yang menarik kepada kanak-kanak selepas mereka melihat akan grafik yang menarik itu secara langsung mereka akan dapat membayangkan atau berimaginasi tentang sesuatu yang menarik kerana kesan dari melihat grafik yang menarik perhatian mereka itu. Dengan ini kanak-kanak dapat meningkatkan kreativiti mereka melalui imaginasi mereka itu. Selain daripada mempamerkan grafik guru juga boleh mempamerkan video yang berkaitan dengan bakat yang kanak-kanak sedia ada. Ini dapat membantu mereka melihat bagaimana untuk mereka mengembangkan lagi bakat yang dalam diri mereka.

      Selain itu, penggunaan komputer membolehkan kanak-kanak didedahkan kepada kemajuan teknologi. Dengan pendedahan awal  terhadap penggunaan komputer di peringkat seawal tadika dapat membantu kanak-kanak untuk lebih cekap dan celik menggunakan komputer dalam pembelajaran pada masa akan datang. Ini juga membantu kanak-kanak agar tidak kekok bila berhadapn dengan komputer kerana mereka telah pun mendapat pendedahan awal tentang fungsi komputer dan bagaimana cara untuk menggunakannya.


     Di samping itu juga, penggunaan komputer juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. Sistem yang menggunakan kemudahan komputer dapat meningkatkan tahap keberkesanan penyampaian maklumat kepada pelajar semasa proses pengajaran sedang berlaku. Ini kerana, guru boleh mengakses maklumat secara terperinci dan cepat tanpa hanya bergantung kepada buku teks yang ada. Ini membantu guru untuk memberikan tindak balas yang cepat terhadap pertanyaan kanak-kanak kerana guru tidak lagi perlu membuka dan menyemak setiap helaian kertas yang ada untuk mencari jawapan terhadap soalan para pelajar.

        Seterusnya, penggunaan komputer turut memberikan peluang pembelajaran yang sama rata terhadap pelajar yang berada di kawasan luar bandar. Penggunaan komputer di sekolah-sekolah luar bandar dapat memberikan pelajar turut merasa sistem pembelajaran pelajar di bandar. Ini membantu mereka untuk lebih berusaha dengan lebih lagi dalam pembelajaran kerana merasa mereka juga setaraf dengan pelajar di kawasan bandar. Selain itu, penggunaan komputer ini dapat ,mengelakkan mereka tidak terpinggir dalam proses pembangunan negara.
          
           Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan banyak kelebihan kepada guru dan juga kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan komputer haruslah di galakkan di setiap sekolah tadika atau taska. Pendedahan awal adalah salah satu langkah yang terbaik yang boleh di ambil untuk membimbing agar para pelajar celik menggunakan komputer di dalam pembelajaran mereka. 









Ciri-ciri bilik darjah pada masa akan datang


             Bilik darjah adalah merupakan salah satu faktor yang turut mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran dalam sesebuah sekolah. Bilik darjah yang kondusif sangat digalakkan agar dapat memberikan kanak-kanak suasana pembelajaran yang baik. Bilik darjah haruslah dinaiktarafkan atau diubah suai setimpal dengan peredaran masa pada masa akan datang. Contohnya adalah seperti:

            Mewujudkan papan buletin yang memuatkan keratan akhbar atau artikel-artikel berkaitan isu-isu semasa. Ini bukan sahaja dapat membantu kanak-kanak mendapat maklumat-maklumat terbaru tetapi juga dapat membantu mengembangkan pembacaan kanak-kanak.

            Dari aspek kerusi meja pula pada zaman sekarang kerusi yang di sediakan untuk kanak-kanak adalah kerusi plastik dan kerusi kayu. Pada masa hadapan kerusi ini boleh diubah suai dengan menggantikan kerusi yang lebih selesa seperti kerusi yang  mempunyai lapis pada tempat duduk seperti lapisan span. Ini memberikan keselesaan  kepada kanak-kanak semasa mereka sedang duduk dan seterusnya mereka boleh belajar dengan baik.
          
               Kanak-kanak adalah sangat aktif ketika bersama-sama dengan rakan disekolah dan ini menyebabkan mereka akan mersa penat berpeluh dan panas. Apabila berada dalam keadaan seperti itu mereka akan merasa tidak selesa untuk belajar. Oleh itu, bilik darjah mungkin boleh dipasangkan sekurang-kurangnya sebiji penghawa dingin menggantikan kipas.
         
             Akhir sekali, pada masa akan datang sebuah bilik darjah boleh di sediakan sekurang-kurangnya satu pemancar   lcd dan kelengkapan alat computer khas untuk kanak-kanak belajar. Ini agar dapat menarik lagi minat kanak-kanak untuk belajar seterusnya menseimbangkan sistem pembelajaran di sekolah seiring dengan kemajuan negara.

            Kesimpulannya, suasana bilik darjah yang baik dan mempunyai kelengkapan yang baik akan dapat membantu guru dan juga pelajar menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Dengan adanya bilik darjah seperti ini kanak-kanak pastinya akan sentiasa bersemangat untuk belajar.

            

      

No comments:

Post a Comment